Mencari sebuah kebahagiaan sejati bukanlah sesuatu yang mudah untuk di gapai. Apabila kita bertemu dengan insan yang di sayangi mungkin dia akan mengecewakan kita. Namun apabila bertemu dengan insan yang amat menyayangi kita mungkin kita akan mengecewakannya. Sememangnya ini adalah salah satu lumrah dalam percintaan . Namun mana satu yang sebaiknya dalam memastikan kita bertemu kebahagiaan hidup. Bercinta dengan insan yang kita terlalu menyayanginya namun si dia belum tahu hatinya atau insan yang amat menyayangi kita tetapi hati kita belum pasti ada siapa. Kedua-dua ada pro dan kontranya. Tepuk dada tanyalah selera.Kalau tidak sanggup di landa ombak jangan berumah di tepi pantai. Ertinya kalau tidak sanggup menghadapi cabaran usah berani
mengambil risiko mencintai seseorang yang belum pasti menyayangi kita sepenuhnya. Namun andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta. Teruskanlah pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang diimpikan..Namun bagi yang masih keliru REMAJA nyatakan pro dan kontra setiap pilihanmu sama ada memilih untuk bercinta dengan insan yang terlalu kamu cinta atau bercinta dengan insan yang amat menyayangimu.
GreenAard: Blood sugar makin ok selepas ambil GC Plus
-
Ni alang-alang post IGS tadi pasal insulin, aku nak share seorang kawan aku
bagi feedback pasal GC Plus. Dia pernah bagitahu blood sugar dia dalam
pemerha...
20 hours ago
No comments:
Post a Comment