Wednesday, December 8, 2010

memiliki kehilangan

Sebagai manusia biasa... jika ada nya sekelumit pertemuan.., PASTI akhirnya akan membuahkan sejuta kerinduan, disulami kebahagian,kegembiraan walaupun skali skala di hujani deraian airmata...kerna akan ada Perpisahan walau dalam jangkamasa pendek atau selamanya... itu lumrah biasa... sangat-sangat biasa di alami oleh kita.. dan juga aku.... sekiranya seseorang itu sudah terbiasa dengan aku, tiba-tiba dia tiada, aku akan merasakan satu kehilangan.. satu perasaan yg aku sangat Benci... bukan tak boleh terima takdir atau sebaliknya, tapi aku tak suka bila aku buka mata tatkala bangun tido, aku rasa kehilangan dan tak bersemangat... apabila hari-hari dimulai dengan suram,pastinya sepanjang hari yang dilalui bakal muram jua.. ahhh, tak suka tak suka!....tapi aku terpaksa menelan pahit untuk sebuah senyuman yang bakal mengubah hari yang suramuram kepada ceria...

kadang-kadang, soal kehilangan ni kita tak mampu nak luahkan pada sesiapa... andai diluahkan tak mungkin dia bakal memahami 100% gelodak rasa dalam hati, mungkin mampu meringankan beban di dada tapi untuk selaminya memang payah...sangat susah!..... sekarang ni nak kata aku terasa kehilangan, tak jugak, sebab di awal pertemuan demi pertemuan, aku dah BERSEDIA untuk kehilangan....cuba mengalihkan fikiran dari memikirkan tentang dia.. seseorang yang aku pernah kenali dulu, yang pernah membahagiakan aku dulu, yang juga mengecewakan....


nak kata menyesal..tak jugak...namun setiap pertemuan itu pasti menggamit memori dan segala pertemuan yang Allah rancangkan buat kita pasti ada hikmah disebalik bukan? aku cuba berpikiran positif...sebab aku nak lalui hari-hari dengan bahagia dan tenang.. bukannya dengan bayangan kenangan aku sendiri... aku tak mampu nak melupai dia, apatah lagi membunuh kenangan-kenangan yang pernah tercipta.. sungguh aku tak mampu untuk itu....

mengimbas balik detik pertemuan Disember 2007, sangat indah di saat itu.. namun sekarang ni MUNGKIN hanya tinggal sejarah... atau sejarah mungkin berulang? hmmm, tiada harapan untuk itu...sekarang Disember 2010, bermakna genap la usia pertemuan kami 3tahun...

bila bersendirian,aku tak mampu nak lupakan dia, mengapa dia sentiasa bermain2 dalam kotak ingatan aku.. bermain-main dipikiran gelak tawa tangis dulu.. ya Tuhan,apakah ini... andai nya dia tercipta buatku, permudahkan lah jodoh kami,satukan lah hati kami... kadang-kadang aku tak dapat menipu hati dan perasaan ni, bahawa aku masih merindukan dia.. YA, aku RINDU!!..walaupun aku tahu, takkan ada rindu dihati dia buat aku,apatah lagi secebis ingatan kenangan..mungkin dia sedang bahagia dengan kehidupan dia sekarang..disaat aku sangat-sangat rindu, pasti dia hadir dalam mimpi... bila mata terbuka, jiwa hampa.. dia yang ingin digapai, disentuh tiada didepan mata....aku akur....

buat dia, sy masih rindukan awk, sayangkan awk seperti masa dulu.. sy tahu perpisahan dan kejauhan ini demi kebaikan kita bersama... sy cuba buang awk dalam ingatan sy,namun sy tak mampu...biarlah kenangan itu sentiasa hidup selagi sy bernyawa.. perasaan ini sungguh kuat.. mungkin awk tahu sebab apa..KINI, sy ingin lari jauh dari bayangan kenangan kita...sy ingin lari sejauh mungkin....sebab sy dh tak larat nk menanggung beban rindu. andai ada jodoh kita pasti bertemu akhirnya.. jika tiada sy terima seadanya, semoga awk bhgia dengan hidup awk sekarang....

hmm, kini pun hati aku sedikit terisi dengan hadirnya seseorang.. namun.. cinta dan hati nya milik insan lain... adakah aku sedang MEMILIKI SEBUAH KEHILANGAN??

2 comments:

amin said...

patah tumbuh hilang berganti...org kedua dan ketiga tak sama mcm yg pertama, tapi redha dgn ketentuan ilahi, mungkin ada hikmah nya....

amin said...

pasrah dgn kehendaknya...