Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

al-kisah cinta...


Di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak:

ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN!

KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA.

Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh!

Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ni tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA.

Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN.

Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN,
"Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?


Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.

CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
"Oh, orang tua tadi?

Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.
Lalu CINTA bertanya

"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman- teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran.


"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...

**waktu la yang boleh kita mengenali seseorang dengan lebih rapat lagi..**

Friday, April 10, 2009

suatu perbualan tentang cinta dan perkahwinan...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong. guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?


pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya..

----------------@@-------------------------------------

**memilih tak salah..tapi jangan terlampau memilih sampai tersalah pilihan....memang la..memilih pasangan untuk berkahwin bukan lah sesuatu yg mudah..hidup bersama bukan nya nak sehari dua..mesti lah nak ke hujung nyawa kan..semua orang ingin kan teman yang terbaik..hatta diri saya sendiri..tapiii..yang penting..diri kita dulu mesti baik, bru la dapat teman yang terbaik kan...kadang2 apa yang saya lihat..cinta pada hari ini..kebanyakkannya...saya ulangi..kebanyakkannya..bukan semua ye... lelaki memilih rupa...perempuan memilih harta....adakah korang semua bersetuju dengan pendapat sy?....-seroja**

wallahua'lam...;)

Tuesday, March 24, 2009

wanita ibarat pohon semalu....


Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

notahati: apabila sifat malu sudah nipis...lama2 ia akan hilang dengan sendiri nya.. dengan hilang nya sifat malu ni la terjadi perkara2 yang tak di ingini...pelihara lah sifat malu dalam diri anda..ia sebahagian daripada iman..=)

Thursday, February 26, 2009

ckp omputih....

Assalamu'alaikum,

(Sila bunyikan setiap perkataan mengikut ejaan baku)

Nau erdeyz meni Melei pipel don wan tu tak Melei lengwej enimo.. Mebi dei ting spiking in Melei is samwat laik aneduketed gai, or kampung gai. De hayer der pozisyen in eni organaizesyen or ministri, der les dey wil spik Melei.. if dey spik Melei, dey usyualli miks Melei wis Inglisy es if dey kuden remember der rait wod or fres to konvei dier mesej.. Ai don no wat wil hepen tu Melei lengwej if der rol models demselz don spik Melei.. Ar dis pipel syai tu spik in Melei? Ar dey edvanz enaf or klever enaf to forget dier orn mader-tang lengwej jas laik det?

Frenz, beter spik yuzing Melei lengwuej la. Wi ar Melei pipel wat.. Ai em sik hiering pipel toking-toking Inglisy la.. Wat de hel...! Ai ting yu rimember er Melei song long taim ergo, it ses: "Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai.." Nais song isenit? Tudei aa.. Awer liderz olso don laik tu spik Melei animo... Si wat lengwej dei spik on tivi? Wat lengwej did yu hier dem spik on redio? Is dat wat wi wan tu si en hier? Frenz.. Yu ting yu eduketed enaf aa? Don wan tu spik Melei animo? Ai don ting spiking Inglisy wil do eni gud la.. espesyelli wen dis kantri wan tu yus its on mol, don wan tu yus mol of der Wes..

Don bi med et mi la.. bekors nau I rait in Melei en everidei I spik Melei.. Don be bord plis.. En don ting bekors ai spik Melei, ai em not es eduketed es yu.. En plis don spik haf Inglisy haf Melei la.. If Melei pipel wan ader pipel respek dem, dey mas meksimais dier yusej of Melei lengwej. Spik Melei eniwer en enitaim. Yus Inglisy onli es er seken lengwej, onli wen yu mas yus it; wen spiking wis foren pipel hu don no hau tu spik Melei..

Forgif mi bekos ai don spik Inglisy.. Ai wan tu si mai mader-tang lengwej bi der lengwej of mai indipenden kantri.. Malaysia...! If wi awersef don spik Melei, hu els wan tu spik dis biyutiful lengwej? Ai remember wan Melei proveb: "Bahasa Jiwa Bangsa". It mins dat dos hu don yus dier orn "Bahasa" ektueli don lav dier orn "Bangsa"... Don tok onli, du it, pruf it.. Onli den pipel wil respek yu es er wais men hu nos wat hi is toking erbaot...

-------
NOTA: Artikel ini mengandungi sindiran-sindiran. Jika anda tidak faham apa yang saya tulis, ia adalah kerana faktor hipokrit diri saya yang sering menyeru anda semua agar bertutur dalam Bahasa Melayu tapi saya sendiri bertutur dalam Bahasa Inggeris. Saya sendiri suka sebut Bahasa Melayu, bukan Bahasa Malaysia, sebab Melayu itu merentangi benua dan tidak terkongkong mindanya hanya dalam konteks satu negara.. Yu no wat ai min?

Wallahua'lam

petikan artikel drp:-IBNU YUSUF-

Tuesday, February 24, 2009

beza majerin dan mentega...

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?Bacalah sehingga ke akhirnya? anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan?

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK.

Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak daripada memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini
:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.


Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

-wallahua'lam-

Wednesday, January 28, 2009

kelebihan coke...part 2


Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka. [Jimat.. Dah takyah guna WD40]

Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih.
Bahan aktif Coke adalah Phosphoric Asid. Ia mempunyai pH 2.8 dan boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja & MajuSteel mesti suka ni.

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit Osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa pati Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Woahh... mesti buat Overhaul ni.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum. Wajib bersembur. Tapi try lak tambahkan Citric Asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Kirenya kena bodoh- bodohkan jela lidah ngan otak kita.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk
meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Mcm candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun Coca [Cocaine] dan kacang
Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi yang dah tercabut dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Kalau sapa yg tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke tu, sama jerla. Korang minum Caffein, bahan yang sama dalam air-air tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Maybe serangga tu semua mati sebab
kena kencing manis kot?

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%.
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama gi cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat, skru, cuci tandas, sembur serangga.

notahati** naseb baek la aku tak suka minum air bergas nie..baek aku minum soya... best..berkhasiat plak tu...mak sokaa....=p**

kelebihan coke...part 1

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda jalanraya [Mcm pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team] akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, diorang pun guna ke?
Korang di rumah diharap sila try kajian ini :-

Bende nih mase aku memula bace, tekejut gak. Ape taknye, dulu boleh kata dok hari-hari aku simbah masuk dlm tekak. Nk kata aku pecaya, tak sangatla. Tp taknak pecaya takleh gak
kan. Aku pun blom test lagi bende- bende kat bawah ni. Ala.. kalau gosip kat majalah URTV, Mangga, Manggis, Najis tu apa semua cepat je kita pecaya kan. Apa salah kita try amek
berat lak pada hal-hal yg mcm ni. Bende masuk dlm badan woo..
Lainla kalo 7 Eleven skang dah ada jual jantung dalam tin. Aku beli sepuloh.

Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.

Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian flush. Kesan kotoran akan hilang dari tindakan Citric Asid yang berada dalam Coke.Satu bahan gantian untuk mencuci kalau Harpic dah habis.

Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
Untuk menghilangkan kesan corrosion atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


-bersambungg-

Sunday, January 25, 2009

kadang kala Allah mengembalikan sesuatu yang hilang..

Setelah berpisah selama dari dua puluh tahun, Allah mempertemukan - dalam kisah yang aneh - antara seorang ibu dan anaknya yang berumur 25 tahun, setelah di pisahkan oleh liku-liku kehidupan. hal itu terjadi pada saat puterinya , menikmati bulan madunya di sebuah tempat peranginan di gunung Saudah di Kota Abha, Arab Saudi.

di sebutkan bahawa ibunya telah bernikah lagi setelah bercerai dan suami pertamanya yang ketika itu usia anak perempuannya itu baru tiga tahun. keadaan kerja suami keduanya yang selalu berpindah randah dari satu kota yang lain ,menghalang sang ibu untuk menjenguk puteri yang di tinggalkannya dalam pemeliharaan suami pertamanya.

pada suatu hari yang indah di musim panas di gunung Saudah, sang puteri bertemu dengan salah seorang ibu di tempat peranginan. mereka berbincang- bincang dan keduanya tidak saling mengenali,kerana sang ibu meninggalkan puterinya ketika berusia 3tahun.

di tengah -tengah perbincangan, sang ibu melihat salah satu jari nya terpotong, kemudian sang ibu menanyakan tentang ibunya. sang puteri pon menceritakannya. seketika itu sang ibu menyedari pertemuan dengan puterinya di hadapan wajahnya setelah berpisah lebih dua puluh tahun. sang ibu terus memeluknya dan menciumi wajahnya dengan kasih sayang dan cinta yang mendalam. kerinduan yang di pendamnya begitu lama pecah seketika.

-La tahzan-


coretan hati ~ walaupun hati dan jasad terpisah jauh...tp seandainya satu hari nanti sudah suratan dan keizinanNya...pasti bertemu jua...pertemuan dan perpisahan berada di tangan Tuhan..hargai lah setiap pertemuan yang pernah tercipta antara kita..kerana perpisahan sentiasa berada di hadapan kita dan kerana pertemuan juga la ada nya istilah 'perpisahan'.....~

~ memikirkan kebahagiaan itu adalah bererti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya..dan apa yang akan terjadi nanti. dan sampai batas tertentu berpikir terlalu jauh itu boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri,,,~

Tuesday, January 20, 2009

bagaimana cara makan begitulah cintanya...

Makan dengan "controL"

Wah! Skiema habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan

Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan

Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak

Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam

Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata.

Just for fun , ok..=]

= anda golongan cara makan yang mcmane??...hehehe...=

hati seorang wanita...


HATI SEORANG WANITA
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.


2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.


8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.


9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.


10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.


** "Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.
Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA"

suka atau cinta??


Suka adalah ingin memilikinya untuk diri sendiri
Sayang adalah ingin selalu membuatnya bahagia.


Cinta adalah melakukan apapun untuk kebahagiaannya meskipun harus berkorban.
Suka adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku mencium mu?


Sayang adalah ketika kau bertanya, bolehkah aku memelukmu?
Cinta adalah ketika kau bertanya, maukah kau genggam tanganku?


Suka adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah jangan menangis.
Sayang adalah ketika kau menangis dia akan menangis bersamamu.

Cinta adalah ketika kau menangis dia akan berkata, sudahlah kita akan selesaikan ini bersama-sama.
Suka adalah pada saat kau melihatnya ia begitu menawan.

Sayang adalah ketika kau melihat dengan hati bukan dengan mata.
Cinta adalah ketika kau melihatnya kau akan berkata, Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan padaku.


Suka adalah pada saat ia menyakitimu kau akan marah dan tidak mau bicara lagi padanya. Sayang adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan menangis untuknya.

Cinta adalah pada saat ia menyakitimu maka kau akan berkata tak apa ia hanya tidak tahu apa yang telah ia lakukan.

Suka adalah memaksanya untuk menyukaimu.


Sayang adalah membiarkannya memilih.

Cinta adalah menantinya dengan setia dan tulus.


Suka adalah menemaninya saat menguntungkanmu.

Sayang adalah menemaninya saat ia memerlukanmu.


Cinta adalah selalu menemaninya disaat bagaimanapun keadaanmu.

Suka adalah hal yang menuntut.

Sayang adalah hal yang memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.