Tuesday, March 24, 2009

wanita ibarat pohon semalu....


Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

notahati: apabila sifat malu sudah nipis...lama2 ia akan hilang dengan sendiri nya.. dengan hilang nya sifat malu ni la terjadi perkara2 yang tak di ingini...pelihara lah sifat malu dalam diri anda..ia sebahagian daripada iman..=)

8 comments:

Izzatul Azma said...

hye.. thanx follow my blog..

n3 ni menarik.. betul2, pokok yg kecik camtu pun leh bg pengajaran yg besar kan

angah iza said...

tenang hati bace kenyataan kamu ni =)
wanita ibarat pokok semalu..
ye..tidak di nafikan lg..

Sinido Ejat said...

kalo jenis muka tak malu tu camnaa..

attyfir said...

bagus..entry nie..

izman said...

setuju.

mummysyafie said...

masa kecik² dulu suka usik semalu ni..esp part dier mengucup tu

seroja said...

::sweet honey::
hye..came2...
bt0l tu jgn pondang remeh pd pokok yg duk di kaki kita...pokok yg sekecil itu tiada nilai pngajaran..;)

::izi iziana::
sejuk ati ke iziana...alhamdulillah berkesan jgk d hati kamo..hehe...
jadi pemalu sikit..jgn lwn abg lg tau..hehe...=]

::sinido ejat::
yg xthu malu tu..dia bkn nyer xde malu..tapi dia campak kan ke laut agaknyer..huhu..=P

::attys::
a'ah kak..ada terselit pngajaran,,=]

::izman::
btol tu..;)

::mummyshafie::
a'ah la kak,.,pantang jumpe yg tgh kembang,..msti g usik..hehe..

Muhafis said...

alhamdulillah selamat