Showing posts with label kata2... Show all posts
Showing posts with label kata2... Show all posts

Wednesday, April 8, 2009

lebih mulia drp kita....

* Nasihat Imam Al- Ghazali


1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.. renung2kanlah.....



ingin terbang bebas melihat keindahan dan keajaiban dunia...


**Jangan anggap buah mempelam hijau tiada manis nya...dan jangan anggap buah yang ranum tidak ada ulat di dalam nya...kadang2 ingin memilih teman jangan lah ibarat mahu meminum kopi..tapi memilih cawan kaca yang cantik..sedangkan kopi di dalam cawan yang cantik itu pahit...manakala kopi di dalam cawan plastik sangat berkualiti dan sedap rasa nya..kenali lah seseorang itu sedalam2nya...lain pandangan mata kita..lain pula hakikat dalaman siapa seseorang itu...-seroja**



Sunday, February 22, 2009

lelaki dan wanita..


lantaran ada nya wanita....
alam menjadi indah....
lantaran ada nya lelaki...
dunia menjadi sempurna...
lantaran ada nya lelaki dan wanita...
kadang-kadang....
sempurna la suatu kelemahan...
di sebalik suatu kekuatan...
oleh kerana itulah..
lelaki dan wanita saling memerlukan...

- adakah anda menghargai seorang lelaki/wanita di hadapan anda....?-

Saturday, January 31, 2009

dari hati...


Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

*
Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang tlah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya


Tolonglah
Dekap aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku slalu cinta padamu


Aku tlah menyesalinya
Semua
-sixth sense-

notahati ini : best dengar lagu ni..mendayu-dayu....hati menjadi sayu....mengingatkan aku tentang sesuatu...sesuatu yang penah berlaku.....sedetik masa lalu....andainya rasa sayang...ucapkan lah sebelum terlambat..sebelum esok bukan lagi milik kita...sebelum ia pergi meninggalkan kita...sebelum perasaan itu sendiri hilang..sebelum segala2 nya hilang..dan tak mungkin lagi hadir sampai bila-bila tanpa berpaling dan menoleh lagi.....kerana CINTA itu mahal takrifnya....itulah yang di fitrahkan oleh Allah swt kepada hambaNya..cinta hanya tertulis pada perkataan...tapi gagal di lihat pada zahirnya...kerana cinta itu tanggungjawab...dalamnya wujud kesetiaan dan kejujuran..ingat pada yang satu...jujur pada yang setia...setia pada yang kasih..kasih pada yang rindu....rindulah pada yang menyayangimu.. cinta takkan datang kalau tak mencari... cinta juga takkan dapat kalau tiada siapa yang memberi...tapi mencari biarlah pada yang sudi....bukan meminta pada yang simpati....miss u! =(

andainya hari ini milik anda...


"aku hanya akan hidup hari ini...
maka aku akan mengucapkan...

'wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai....
tenggelamlah seperti mataharimu....
aku xkan pernah menagisi kepergian mu...
dan aku tak kan pernah melihatku termenung
sedetik pun untuk mengingatimu....
kamu telah meninggalkan kami semua...
pergi dan tak kan kembali lagi....'

"wahai masa depan...
engkau masih dalam keghaiban....
maka aku tak kan pernah bermain dengan khayalan..
dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan
aku pun tidak bakal memberi sesuatu yang belum ada..
kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu...
yang belum di ciptakan..
dan tiada satu pun darinya dapat di sebutkan"

"hari ini milik anda adalah sebuah ungkapan
yang paling indah dalam kamus kebahagiaan...
kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan
yang paling indah dan menyenangkan..."
-la tahzan-

Monday, January 26, 2009

c.i.N.t.A

Bila kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, kamu harus menyukai apa yang kamu miliki.
Sebab apa yang kamu anggap kurang pada sesuatu yang kamu miliki,
bisa berarti lebih bagi orang lain yang menginginkan sesuatu seperti milikmu.

Sudah menjadi hukum alam, bahwa manusia tidak pernah puas atas apa yang dimilikinya
Mereka selalu ingin memiliki 'lebih' dari apa yang sudah mereka miliki.
Janganlah selalu mendongak ke atas dan melihat hal-hal yang indah
Sekali waktu lihatlah ke bawah dan akan kamu lihat hal-hal yang jauh dari 'baik' menurut pandanganmu.

Pada saat itu kamu akan sedar bahwa apa yang kamu miliki
merupakan sesuatu yang sangat berharga yang mungkin dulunya juga pernah kamu impikan.
Maka dari itu bersyukurlah karena kamu masih memiliki sesuatu yang lebih,

sekiranya kamu dapati dirimu mencintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya mencintai seseorang, kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati seseorang. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu. Tapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas serta jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi dirimu. Setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan juga kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza. Sekiranya bercinta dengan seseorang yang begitu mencintai diri kita dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan...
relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu...

**nota hati**~~terima kasih cinta kerana memberi ruang untuk diri ini merasai dan hidup dengan cinta. walaupun bersulam kan seribu satu duka, namun ia tetap bersemadi dan tetap membuat hati ini bisa tersenyum dan terusik dengan kenangan itu sendiri..**~~

Thursday, November 27, 2008

sesuci embun pagi..

Di pagi yang sunyi sepi ku lihat awan yang bergemerlapan sebelum sang suria menyinari dipagi hari.
Hari ini bagaikan hidup baru bagiku,bagaikan Daun yang sudah layu kini subur semula di sirami embun pagi. Setiap insan mahukan kedamaian didalam hidup ini,apa yang berlaku sebelum ini adalah satu pengajaran bagiku dan semoga hari ini adalah satu permulaan untuk hidupku terus menghadapi cabaran didalam dunia yang sementara ini. Dan akan ku abadikan pagi ini adalah pagi yang indah dalam hidupku dan sebagai satu nikmat bagiku yang dianugerahkan dari Ilahi. Ku harapkan sesuci embun pagiku sentisa mengalir didalam hidupku.