Thursday, November 27, 2008

sesuci embun pagi..

Di pagi yang sunyi sepi ku lihat awan yang bergemerlapan sebelum sang suria menyinari dipagi hari.
Hari ini bagaikan hidup baru bagiku,bagaikan Daun yang sudah layu kini subur semula di sirami embun pagi. Setiap insan mahukan kedamaian didalam hidup ini,apa yang berlaku sebelum ini adalah satu pengajaran bagiku dan semoga hari ini adalah satu permulaan untuk hidupku terus menghadapi cabaran didalam dunia yang sementara ini. Dan akan ku abadikan pagi ini adalah pagi yang indah dalam hidupku dan sebagai satu nikmat bagiku yang dianugerahkan dari Ilahi. Ku harapkan sesuci embun pagiku sentisa mengalir didalam hidupku.

2 comments:

dakgilachoc a.k.a nani said...

jiwangnya...hehe...leh join jiwang2 tak ni? =P

sEr0ja said...

boleh2 kak..
kte bab jiwang ni...
leh je layan kpla..
hiksss....