Monday, November 29, 2010

Pameran Haiwan Berbisa...

Salam semua...

Sebenarnya dah lama nak pegi kat pameran haiwan berbisa kat Muzium Terengganu ni.. asyik bertangguh aje.. nasib baik pameran ni tempoh agak lama sampai 31 Disember 2010.. s0, semalam aku pegi tak rancang,,kul 2pm tetiba kakak aku kol ajak keluar lunch sama-sama...aku bab makan on aje..hehehe...:D... lepas makan kenyang-kenyang aku ngan kakak aku berjalan-jalan la kat pameran tu... oh ye... kedai tempat aku makan tu mahal oh... korang bayangkan nasi sepinggan, ikan kerisi sederhana besar, udang 2 ekor = RM6.70 ok....campur ngan air singgit, total = RM 7.70... musim hujan ni ikan mahal agaknya...=\...


Ok sambung citer tadi...

agak frust sebab dah benda tak dirancang, so bateri kamera aku low sangat-sangat, sama ngan henpon kakak aku... henpon aku lagi la takde kamera...:(.... jadi gambar tak banyak sangat sebab bateri masing-masing dah nyawa-nyawa ikan.. dapat snap 3,4 keping je...huhuhuhu...

tiket masuk RM5.00 tu... bagi aku agak mahal la sebab kat dalam takde ape pun sangat... huhu.. nanti org muzium baca ni kang.. mati i..hahaha... tempat pameran tu alahai ciput kecik je kot.. sekali pusing laaaa dah jumpe pintu masuk tadi..huhu... kata pameran haiwan berbisa, aku tengok ular je yang ada, apa salahnya cakap pameran ular je kan senang....kan? haiwan berbisa lain ada contohnya ikan air tawar yang berbisa, lipan semua tu kan tapi binatang tu dalam botol yang dah di awet...alahai... nak yang real punye..huhuhu.. ular pun mana aktif wei siang-siang hari ni.. sume tidooo je dalam bekas kaca tu..wuhuhu....

masa aku sampai ada orang wat pertunjukan ular, so layankan dulu sebelum masuk tengok pameran..kejap je ada la dalam 10minit macam tu..




dalam bilik kaca ni banyak ular.. untuk sessi manusia bersama ular.. lelaki 2 orang dalam tu jejaka yang membuat aksi pertunjukan ular.. dia masuk dalam tu nak ambik ular sawa yang gedabak kesar tu untuk dimandikan... korang tau ular dimandikan guna apa? guna shower Lifebouy kauuu...hahahah... ok2 aku tipu..hihi...

masa budak lelaki ni nak keluarkan bekas berisi ular sawa tu ada ular apa entah kat dalam tu asyik nak keluar sama.. duk melekat kat pintu... bila budak laki ni marah dia, die nganga luas-luas...uii seram mak nyahhh.. orang kat luar pulak terjerit-jerit, dia kat dalam rilex je. bila ular tu dah marah-marah nak gigit budak laki tu last-last budak laki tu hulur tangan dia depan muka ular tu, "nah ambik kau nak gigit sangat!"... ular tu pun NGAP!!... maka berdarah lah tangan mamat berani tu..huhuhu...( yang sedang tunduk dalam gambar diatas).. banyak jugak la tempat dia kena gigit tu, sampai kain pengelap pun penuh darah... besar kecik besar kecik je kepala aku tengok tangan dia...hahaha..


lepas tengok pameran tu alahai bosannya.. kakak aku ajak melawat dalam muzium, yelah dah lama tak datang sini, nak harapkan ke muzium tu semata-mata tengok arkib-arkib muzium nan ado nye nak gi..ada event macam ni baru lah kami sampai.. tak silap aku la last aku datang muzium ni tahun 2005.. haha.. lama giler kan.. kalau aku tahu cite Ulik Mayang nak shooting sini haruss aku datang tauu...hihihi... naseb la..aku tak tahu.. nak turun tangga aku tengok nape la orang ramai sangat pandang-pandang bawah, rupanya 2orang budak lelaki tu tengah mandikan ular!

aku pun tak lepaskan peluang tengok.. yela, orang mandikan anak biasa la tengok, mandi ular bukannya penah.. korang penah ke tengok?hihi... ok..rasa-rasa shower apa ular tu guna?? :P..


ular yang kecik tu sikit tu memang aktif gila, kesekejapan saja dah merayap kemana-mana. sebelah tu ada kolam, elok je dia masuk dalam tu, laju gila dia berenang dalam tu, yela cuba korang tengok lantai muzium berkeretu tu, mesti badan dia sakit, bila puas dia main air, elok je dia keluar balik dari kolam tu..



Ular sawa yang besar tu masa dalam bilik kaca mamang kuat bau busuk dia., sebab tu kena mandikan kot, dia tengah bersalin kulit, geli pulak aku tengok..huhu.. besar dan panjang plak tu, sampai tak muat bekas merah tu nak letak dia, sampai patah-patah... nak bergerak pun susah sebab terlalu besar..

dah dapat teka ke shower ular ni ape?:P... dorang guan Sunlight aje la.. pencuci pinggan pun jadi la, asal berbuih dan wangi skit-skit tu jadi la labu.. tengah-tangoh syok sejuk main air boleh pulak ular ni Terberak...hahaha... korang tengok la kat bahagian ekor dia tu, warna kuning.. baru aku tahu najis ular gitu rupanya... dan baru aku tahu ular berak keluar ikut laluan mana... hahaha.... selama ni tak terpikir pun aku ular berak sebelum penghujung ekor dia tu... dapat ilmu arini...:)..

kesian aku tengok mamat 2 orang tu, wat persembahan ular pun dia, mandikan ular pun dia, tak sempat rehat pun... nak wat cemane, dah kije dia kan.....


pic ni gelap... korang nampak tak ada orang berdiri atas ular yang berbelit dibadan lelaki sorang lagi... kalau tak nampak buat-buat nampak la ye...huhuhu... ni aku tengok untuk round ke dua.. bosan benda sama je ulang dalam masa yang terdekat... lepas habis persembahan ni, aku balik ngan kakak aku sambil membebel tak puashati...hahahaha..:P...


* tips arini adalah : seandainya anda dibelit ular atau sewaktu dengan nya, salah satu cara untuk melemahkan dia adalah dengan mengkelepetkan ekor dia, secara automatik dia akan meleraikan belitan untuk serta-merta..*

**cuba kira berapa kali kah aku menaip perkataan ular dalam entry diatas??hahahaha**


No comments: