* Nasihat Imam Al- Ghazali
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.. renung2kanlah.....
ingin terbang bebas melihat keindahan dan keajaiban dunia...**Jangan anggap buah mempelam hijau tiada manis nya...dan jangan anggap buah yang ranum tidak ada ulat di dalam nya...kadang2 ingin memilih teman jangan lah ibarat mahu meminum kopi..tapi memilih cawan kaca yang cantik..sedangkan kopi di dalam cawan yang cantik itu pahit...manakala kopi di dalam cawan plastik sangat berkualiti dan sedap rasa nya..kenali lah seseorang itu sedalam2nya...lain pandangan mata kita..lain pula hakikat dalaman siapa seseorang itu...-seroja**