Thursday, November 20, 2008

CINTA SUCI YANG HILANG

YANG DIKEJAR TIDAK DAPAT. YANG DIKENDUNG BERCICIRAN

notes: hanya skdar berkongsi cerita.....

Kita selalu mendengar kisah kisah wanita malaysia di larikan oleh warga Indon, atau punyang mengikut secara rela, beberapa hari lepas saya terlihat di TV3, iaitu siaran ulangan,Zakiah anas sedang bersama satu keluarga di Parit Buntar kalau tak silap saya, iatu anakperempuan mereka telah mengikut seorang pemuda ke lombok dan telah berkahwin yangkini telah mengandung tujuh bulan. Sewaktu Zakiah Anas bercakap melalui talipon dan bertanyakan makan apa hari ini , wanita itu menjawap makan kangkung. Kesedihan ter-bayang diwajah kedua ibu bapa wanita ini. Disini ada cerita juga pasal Lombok, saya mengenali seorang wanita semasa saya menja-lani practikal tidak lama dulu si sebuah syarikat. Wanita itu saya kenali sebagai Ain, sebagaicleaner. Pertama kali saya lihat orangnya sederhana, berkulit cerah tapi wajahnya kelihatantidak pernah ceria, cleaner yang lain terdiri dari wanita Indon kecuali Ain orang tempatan. Timbul pelbagai persoalan mengapa Ain bekerja di sini. Hampir dua bulan baru saya dapatcerita dari Ain. Usia Ain 33 tahun, berkahwin sewaktu belasan tahun, belajar hingga tinggkatan tiga, selepaskedua ibu bapa meninggal Ain bersama 3 orang adik di pelihara oleh nenek.Ain berkahwin atas pilihan nenek. Ain mendapat seorang suami yang baik. Mereka di kurniakan 4 oranganak. Setiap bulan suami Ain akan memasukan wang ke dalam akaun Ain dan Ain jugatelah ada lesen memandu. Selalunya Ain pulang ke kampung bersama suami untuk menziarahinenek beliau. Setelah Ain mendapat lesen Ain pulang ke kampung hanya bersama anak-anak. Apabila kerap pulang ke kampung Ain telah berkenalan dengan seorang pemuda Indon yangtinggal menyewa di hadapan rumah nenek beliau. Akhirnya Ain benar-benar telah jatuh cintapada pemuda itu yang bernana Iwan. Iwan pun melayan Ain dengan baik. Iwan bekerja sebagaiburuh di ladang. Ain banyak membantu Iwan dari segi kewangan. Dan akhirnya terjadi hubunganterlarang antara mereka. Suami Ain telah dapat tahu, kasih sayang Ain pada suaminya telahtiada, yang ada kasihnya hanya untuk Iwan. Akhirnya atas nasihat keluarga suami Ain, merekabepisah dan di kenakan syarat pada Ain supaya wang simpanan yang ada pada Ain di berikan untuk anak-anak. Ain bersetuju yang tinggal hanya 2 ribu di akaun Ain. Anak-anak di bawah jagaan suami Ain. Selepas berpisah Ain pulang ke kampung tinggal bersama nenek, hubungan Ain bertambat erat.sehingga sanggup berkorban apa saja demi Iwan. Iwan pernah berjanji akan berkahwin dengan Ain. Atas alasan keluarga sakit Iwan telah pulang ke Lombok dan berjanji akan kembali danberkahwinan dengan Ain. Kini Ain bekerja sebagai pembantu restauran sementara menungguIwan. Hampir 4 bulan tiada sebarang berita yang di terima dari Iwan, kedaan Ain dah seperti orang gila, murung dan selalu menanggis ingatkan pada Iwan. Dan akhirnya Ain tekad untuk mencari Iwan. Kerana terlalu kasihan seorang yang Ain kenal iaitu Paman yang mengenali Iwan. Ain bersama Paman ke johor untuk ke Lombok dengai menaiki kapal secara haram.Menurut Ain dalam kapal tu beratus penumpang Indon yang hendak pulang ke negara mereka.Sepanjang beberapa hari mereka semua hanya di beri makan nasi dengan ikan rebus dansayur rebus. memang terasa hanyir tetapi kerana lapar terpaksa makan. Ain juga cuba di-ganggu oleh penumpang yang lain, tapi nasib baik ada Paman yang menjaga Ain. Bila tiba di Indon dan perjalanan ke lombok dan masuk ke kawasan pendalaman. terasa tak percaya kehidupan disini terlalu berbeza, Ain di tempatkan di rumah ibu Paman. Mandimenggunakan air pancuran, memasak menggunakan kayu api. Rata- rata hidup mereka masihdalam kemiskinan. Orang kampung terperanjat dengan kedatangan Ain. Rupanya Iwan telahpun berkahwin, pada mulanya Iwan enggan temui Ain, tapi atas pertolongan Pawan, akhirnyaIwan temui Ain dan menerangkan kisah yang sebenar. Waktu itu Ain terlalu keciwa yang amat sangat dah jatuh sakit. Orang-orang kampung berpakat untuk mengawinkan Ain dengan Iwan.Tapi isteri Iwan telah mengungut akan bunuh diri. Hampir dua minggu Ain kena sakit tidak pedulikan tentang dirinya, makan pun dah tak berselera, ayik murung dan menanggis, setelahsebulan Ain terlantar akhirnya semakin pulih setelah orang kampung membawa seorang dukununtuk memulihkan Ain. Setelah Ain kelihatan sehat dan atas ehsan penduduk Ain pulang ke-Malaysia. Sekarang baru Ain tahu sebenarnya Iwan hanya mahukan wang Ain. Menyesal pun tiada gunanya.Rumah tangga yang bahagia telah musnah, Ain pun tidak dibenarkan jumpa anak-anak. Cumasebelum saya tamat latihan practikal, saya telah hubungi suami Ain dan meminta jasa baik beliau agarAin dapat menemui anak-anak. Hampir setahun Ain tak temui anak-anak. Semasa pertemuan sayaminta suami Ain membawa anak-anak ke pejabat saya selepas waktu pejabat. Satu situasi yangsedih terutama anak bungsu Ain yang berumau 4 tahun, menampakan kerinduan yang terlalu. Bila saya melihat xsuami Ain punyai perawakan yang menarik, anak-anak Ain pun hansem dan cantik.Cuma saya berkir, mengapa Ain sanggup lakukan ini semua setelah punyai sebuah keluarga yangbahagia, dan menurut suami Ain beliau belum terfikir untuk mencari pengganti walau pun ibu beliautelah mencari pasangan. Begitulah kesah hidup Ain, yang bagi saya seperti kata pepatah yang di kejartak dapat yang di kendung berciciran. Bagi saya setiap kejadian ada hikmahnya hanya ALLAH yangMaha mengetahui. Saya ada hubungi Ain melalui hp tapi tiada dalam perkhidmatan, dan saya telahke tempat kerja tapi Ain telah berhenti kerja. Muga ALLAH sentiasa melindungi Ain.
--
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... ..

6 comments:

BigMouth said...

seroja, awk ni mmg suke membaca kan... bagus lah awk ni...

seroja said...

hehe..
pndai la kak lang nie...
mmg pon...blog kak lang pon ari2 sy bce...hikss...;)

chentaMAYA said...

pu nyew bl0g xdew ea kat page kam0?
hee~
link me plish!!~

Anonymous said...

besh2...
sedih cter ni...
tanx...

-mr. bard,fs-

seroja said...

mr bard..cmne leh snggah cni..;)

SembilanPuluh said...

you write very well..