Sunday, September 14, 2008

^^ c!NtaMu d! hAt! ^^

June 7th, 2008 by permata143

340094776









Kata orang…
kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir
sepanjang hayat. Sememangnya, cinta pertama terlalu sukar dilupakan.
Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh
di hati, terpahat teguh di sanubari.

Takdir ALLAH
tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Tabah
menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang
dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana.

Ada

waktunya dia hampir mengaku kalah dengan
takdir.

Ada

saatnya dia hampir tersungkur dalam
mencari sejalur sinar.

Hari berlalu… dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik
siapakah cinta ini? Masih adakah cinta kedua?

Cinta pertama memang indah. Tapi
tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama!!!

cinta cinta cinta….oOh cinta!


No comments: