Sunday, September 14, 2008

:: ** kAu dAn aKu sELaMaNya **::


1972153253




Di kala petang menjelma
aku duduk keseorangan
ditemani desiran ombak
bersama angin bayu
yang mendamai jiwa
Fikiran ku kini sering kali
mengingatimu
tatkala kau jauh dimata
namun kau masih bertakhta
dikala cinta masih bersemi
tiada insan ke dua
untuk ku bandingkan
kaulah satu untuk selamanya……..

Kadangkala kita bertikam lidah
bukan bermaksud untuk membencimu
kerna kau tetap satu di hati
namun peristiwa itu hanya seketika
tatkala sering disulami kenangan indah waktu bersama

Andai suatu ketika,
diriku kau rasakan berubah
sedarkanlah diriku
tidak kupinta untuk kau menjauhkan diri,
kadangkala ku punya masalah sendiri
jangan kau cuba untuk menyisihkan diri.

Pada sahabatku, tempat meluahkan
insan ku percayai, dialah satunya
andai diriku kau lihat berubah
ketemulah dia yang mengetahui.

Mengertilah dirimu
kau amat ku sayangi
kenalilah diriku seadanya
untuk dirimu aku menjadi
insan yang sebenar-benar.

Tatkala dirimu bersama
sukar ku meluahkan kata-kata
dikala mata bertentang mata
bila berjauhan inilah
coretanku untukmu…..
ku berharap agar kau mengerti bahawa…
AKU CINTA PADAMU…..~~

3501402514

No comments: